Rasul adalah seseorang dengan
jenis kelamin laki-laki yang mendapatkan wahyu dari Allah SWT dan memiliki
kewajiban untuk menyebar luaskan wahyu tersebut.
Nabi adalah seseorang dengan
jenis kelamin pria yang mendapat wahyu dari Allah SWT namun tidak wajib disebarkan
kepada orang lain.
Karena Rasul adalah manusia istimewa
yang dipilih oleh Allah sebagai utusanNya, maka tentu Rasul memiliki
sifat-sifat yang unggul.
Bergaul
dengan baik merupakan bersikap baik kepada orang lain, sikap ini memerlukan
seorang Muslim yang memiliki akhlak Islami. Kerana orang yang mampu memiliki
sikap bergaul dengan baik terhadap orang lain, bererti ia merupakan orang yang
sabar, lembut, murah hati, gemar memaafkan, jujur, memiliki sifat ‘Iffah (menjaga kehormatan diri), dapat dipercaya,
zuhud dan tawādu‘. Sifat-sifat tersebut dan
juga sifat yang lain dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.. Dalam hal ini, Beliau
telah menunjukkan teladan kepada kita semua dengan sikap yang Beliau praktikkan
dalam memperlakukan dan mempergauli para sahabat, isteri-isteri, saudara
maranya dan juga seluruh umat Islam dengan baik.
Rasulullah
s.a.w. adalah sosok yang mampu menguasai hati dan jiwa para sahabat,
sehingga kecintaan mereka terhadap Beliau jauh melebihi kecintaan mereka kepada
sesuatu yang lain. Ungkapan yang selalu mereka gunakan dan selalu mereka
sebutkan ketika sedang berbicara dengan Beliau adalah: “Bi abī anta wa ummī yā Rasūlallāh”, yang ertinya:
“Saya menebus anda dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah.”
Sikap memperlakukan dan mempergauli
dengan baik yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. tidak hanya terbatas pada para
sahabat Beliau sahaja. Akan tetapi mencakup semua kaum perempuan, saudara mara,
orang lain dan juga budak-budak kecil, baik itu dilakukan ketika berada dalam
perjalanan ataupun tidak. Semoga Salawat dan salam selalu tercurahkan kepada
Rasulullah s.a.w..
Terhadap
para sahabat, Beliau memperlakukan dan mempergauli mereka dengan baik dan
lembut. Beliau memanggil mereka dengan sebutan nama kunyah mereka (nama julukan yang diawali dengan
kata Abū atau Umm). Hal itu
dilakukan sebagai tanda hormat kepada mereka dan juga untuk membahagiakan hati
mereka. Jika terdapat seseorang di antara mereka yang belum memiliki nama kunyah, maka Beliau akan memberinya, sehingga untuk
selanjutnya ia dikenal dan dipangil dengan nama kunyahtersebut.
Beliau memberi nama kunyah kepada S)uhaib bin Mālik
dengan sebutan Abū Yahyā, kepada ‘Abdullāh bin Mas‘ūd dengan sebutan Abū ‘Abd
al-Rahmān, padahal ia tidak memiliki anak. Memberi nama kunyah kepada Anas bin Mālik dengan sebutan Baqlah
dan memberi kunyah kepada dan Abū
Bakrah dengan namanya sendiri (dimaksudkan dengan sebutan Abū Bakrah).
Rasulullah
s.a.w. juga memberi nama kunyah terhadap
budak-budak kecil, seperti namakunyah Abū
‘Umair yang Beliau berikan kepada saudara Anas bin Mālik. Kisahnya adalah
seperti berikut: Anas bin Mālik memiliki saudara lelaki yang bernama ‘Umair, ia
memiliki teman bermain berupa seekor burung kecil yang dikenal dengan nama al-Naghru. Pada suatu ketika burung tersebut mati, hati
‘Umair pun bersedih. Melihat ‘Umair nampak bersedih, Rasulullah s.a.w. bertanya
kepadanya: “Apa yang sedang terjadi pada diri ‘Umair?” Dikatakan
kepadanya: “Burung kecil yang menjadi teman bermain telah
mati.”Kemudian Beliau berkata kepada ‘Umair: “Wahai Abū ‘Umair, apa yang telah terjadi pada al-Nughair?”[1]
Beliau
juga memberi nama kunyah terhadap kaum perempuan
yang telah memiliki anak. Seperti halnya Beliau juga yang memulai memberikan
nama kunyah terhadap kaum perempuan yang belum memiliki
anak. Sebagai contoh, nama kunyah Umm
‘Abdillāh yang Beliau berikan kepada ‘Ā’isyah r.a (yang dimaksudkan dengan
‘Abdullāh di sini adalah anak lelaki saudara perempuan ‘Ā’isyah, iaitu ‘Abdullāh
bin Zubair). Beliau juga memberikan sebuah nama kunyah Umm
Khalīd kepada seorang perempuan, padahal pada waktu itu perempuan tersebut
masih kecil.
Di antara fator yang menyebabkan
para sahabat sangat mencintakan Rasulullah s.a.w. adalah sikap dan perlakuan
Beliau kepada mereka yang sangat baik dan lembut. Di bawah ini saya akan
menyebutkan enam hadith yang menjadi bukti bahawa Beliau benar-benar memiliki
sikap mempergauli para sahabat dengan sangat baik dan lembut. Enam hadith
tersebut adalah seperti berikut:
1. Setiap
Rasulullah s.a.w. berjabat tangan dengan seseorang, maka Beliau tidak akan
melepaskan genggaman tangannya kecuali orang yang berjabat tangan tersebut
melepaskan genggaman tangannya terlebih dahulu.
2. Pada
suatu waktu, ada seorang hamba sahaya perempuan yang datang menemui Rasulullah
s.a.w., kemudian ia memegang tangan Beliau dan mengajak Beliau pergi untuk
suatu keperluan peribadinya. Beliau menurutkan kemauhan yang diinginkan hamba
sahaya perempuan tersebut dan Beliau tidak akan meninggalkannya sampai ia
mendapatkan apa yang diinginkan.
3. Setiap
ada seseorang yang mengajak bicara bengan Rasulullah s.a.w., Beliau tidak akan
memalingkan mukanya dan berlalu pergi kecuali orang tersebut yang memulakan
pergi terlebih dahulu.
4. Rasulullah
s.a.w. tidak pernah memotong pembicaraan seseorang, kecuali jika ia telah
melanggar batas. Pada kebiasaannya, Beliau akan memotong pembicaraan mereka
dengan cara memlarang mereka atau dengan berdiri.
5. Setiap
baginda Rasulullah s.a.w. bertemu dengan salah satu sahabat, maka Beliau akan
memulakan untuk mengajak berjabat tangan, kemudian memegangnya dengan erat dan
penuh persaudaraan.[2]
6. Rasulullah
s.a.w. selalu memulakan mengucapkan salam kepada setiap orang yang ditemukan.
Rasulullah
s.a.w. adalah sosok yang terkenal sangat ramah dan mulia, ia selalu memuliakan
setiap orang yang datang untuk bertemu dengan Beliau. Bahkan kadang-kadang
Beliau membentangkan rida’ untuk para tetamu dan mempersilahkan mereka duduk di
atas bantal yang sebelumnya Beliau duduk di atasnya. Jika mereka menolak, maka
Beliau akan memaksanya sampai mau. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada
salah seorang dari kelompok Bajīlat al-Abt)āl (ia
adalah Jarīr bin ‘Abdullāh al Bajalī)[3]datang
ke majlis Rasulullah s.a.w. yang penuh sesak oleh para sahabat. Ia berusaha
mencari tempat duduk, namun tidak menemukannya, akhirnya ia duduk di pintu.
Kemudian Rasulullah s.a.w. melipat rida’ Beliau dan melemparkan ke arah Jarīr
dengan berkata: “Duduklah di atas rida’ ini.”
Jarīr mengambil rida’ tersebut, namun tidak ia gunakan untuk duduk akan tetapi
ia tempelkan ke muka dan menciumnya sambil menangis. Kemudian ia kembalikan
rida’ tersebut kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: “Saya tidak akan duduk di atas rida’ Rasulullah s.a.w. ini, semoga
Allah s.w.t memuliakanmu seperti halnya kamu telah memuliakan saya.” Rasulullah
s.a.w. menoleh ke kiri dan ke kanan dan berkata: “Jika datang kepada kalian seseorang yang mulia di antara kaumnya,
maka muliakanlah dirinya.”
SIFAT-SIFAT RASUL SAW
• Karena Rasul adalah manusia istimewa
yang dipilih oleh Allah sebagai utusanNya, maka tentu Rasul memiliki
sifat-sifat yang unggul
• Ini untuk mendukung keberhasilan
penyampaian risalah, penunaian amanah, dan memimpin umat
• Ini menjadi daya tarik bagi Rasul,
sehingga manusia mau berhimpun di sekitarnya, bergerak bersamanya, dan dapat
menggantikannya
SIFAT
MANUSIAWI (اَلْبَشَرِيَّةُ)
• Rasul yang diutus untuk manusia adalah
manusia juga, bukan malaikat (18:110)
• Oleh karena itu, Rasulullah SAW juga
memperlakukan para sahabat secara manusiawi, bahkan kepada binatang dan
tumbuhan pun memperlakukannya dengan sangat baik
• Beberapa sisi manusiawinya Rasul:
– Terhadap Sahabat-Sahabatnya
– Terhadap Istri-istrinya
– Terhadap Putra-putrinya
– Terhadap Musuhnya
– Terhadap hewan
1. SIDIQ
( JUJUR )
Artinya : Dan
kami anugerahkan kepada mereka sebagian dari rahmat kami dan
kami jadikan mereka buah tutur yang baik dan mulia ( QS.
Maryam : 50 )
2. AMANAH
( TERPERCAYA )
Artinya :
Ketika saudara mereka ( Nuh ) berkata kepada mereka : “mengapa kamu
tidak
bertaqwa?
Seseungguhnya aku ini seorang rasul kepercayaan ( yang diutus ) kepadamu
( QS. Asy- syu’aro : 106 – 107 )
3. TABLIGH
( MENYAMPAIKAN WAHYU )
Artinya :
Wahai Rasul ! sampaikanlah apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu (
QS.Al-maidah : 67 )
4. FATHONAH
( CERDAS )
Artinya : Dan
itulah keterangan kami yang kami berikan kepada Ibrahim
untuk menghadapi kaumnya ( QS. Al- An’am : 83 )
No comments:
Post a Comment